Bos Liverpool, Brendan Rodgers bersiap sedia  untuk membeli belah pada saat akhir dengan penyerang Chelsea, Daniel  Sturridge dijadikan sebagai keutamaan menjelang tarikh tutup tetingkap  perpindahan Jumaat ini.
Rodgers bagaimanapun terlebih dahulu wajib melaksanakan misi  sampingan iaitu dengan mengeluarkan pemain-pemain yang tidak lagi  diperlukan khidmat mereka di Anfield,untuk menjana peruntukan membiayai  pembelian baru.
Dia dikatakan mahu menjualkan Charlie Adam dan Stewart Downing,  begitu juga dengan Andy Caroll yang masih diintai kelibatnya oleh bekas  pasukan, Newcastle dan West Ham yang berminat untuk meminjam dengan  pilihan untuk menjadikannya perpindahan kekal.
Rodgers adalah peminat besar Sturridge yang terdesak mencari jalan  keluar dari Stamford Bridge setelah gagal merebut tempat dalam skuad  utama mahupun diberi peluang turun sebagai penyerang tengah yang menjadi  posisi semulajadinya.
Walaupun menyedari minat Liverpool, Chelsea mungkin keberatan untuk  menjual Sturridge kerana ia akan melemahkan jentera serangannya.
Selepas meminjamkan Romelu Lukaku ke West Brom untuk sepanjang musim,  Sturridge adalah satu-satunya penyerang senior yang tinggal selepas  pilihan pertama, Fernando Torres.
Rodgers telah memikat pentadbir Liverpool dan peminat-peminatnya  dengan falsafah dan rancangan pembangunan semula pasukan dan jika dia  dapat menjana peruntukan daripada jualan, maka ia akan dibelanjakan  untuk mendapakan Sturridge.
Liverpool dijangka menghadapi kesukaran mencari pembeli untuk Downing  berikutan aksi hambar untuk sepanjang musim lalu, biarpun dia masih  merupakan anggota skuad kebangsaan England.
Adam pula tidak lagi berada dalam rancangan jangka panjang Rodgers dan dikaitkan dengan perpindahan ke Everton.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan