 Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan bakal  dijual oleh kelab barunya berikutan masalah kewangan serius dihadapi  oleh pengurusan kelab China kebelakangan ini.
Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan bakal  dijual oleh kelab barunya berikutan masalah kewangan serius dihadapi  oleh pengurusan kelab China kebelakangan ini.Difahamkan, Pengerusi Shenhua, Zhu Jun hanya akan mengeluarkan dana  yang terhad, sekiranya masalah kewangan gagal diselesaikan dengan  segera.Laporan mengenai kedudukan Drogba juga dibawa oleh beberapa akhbar harian di Britain hari ini.
Daily Mail melaporkan bahawa Drogba telah berada di Britain semalam  untuk bertemu dengan kawan-kawan lama dan kemungkinan dia kembali ke  kelab lamanya sebelum Krismas ini sangat cerah.
Drogba yang memperolehi bayaran sekitar AS$300,000 (RM934,650)  seminggu, dilihat berada dalam keadaan tidak menentu sekiranya kelab itu  gagal membayar gaji.
Dalam kenyataan akhbar China Daily,  Jun yang memegang saham sebanyak  28.5 peratus dilaporkan tidak berpuas hati apabila peratusan sahamnya  tidak meningkat biarpun telah membuat pelaburan sebanyak $94 juta (RM289  juta) sejak lima tahun lalu.
Jun berkata, beliau hanya bersedia mengeluarkan peruntukan jika  permintaannya menguasai majoriti keputusan kelab itu dipersetujui  pemegang saham lain.
Dengan itu, Jun mahu pengurusan Shenhua menandatangani perjanjian baru  di mana menerusi perjanjian tersebut,  beliau bersedia mengeluarkan dana  sebanyak $23.6 juta (RM 72.7 juta) dalam tempoh dua tahun jika sahamnya  meningkat sehingga 70 peratus.
"Ketika ini, operasi kelab dilihat tergendala gara-gara masalah kewangan yang serius."Dan, ia sesuatu yang cukup sedih kerana akan memberikan impak terhadap pembangunan kelab.
"Jika ia gagal diselesaikan segera, tidak mustahil akan menjejaskan gaji pemain dan kemungkinan pemain akan dijual," katanya.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan