Penjaga gol England, Joe Hart dan penyerang Daniel Sturridge yang  mengalami kecederaan digugurkan daripada skuad bagi aksi persahabatan  menentang naib juara Euro 2012, Itali, awal pagi Khamis ini.
Hart mengalami sakit belakang dan tidak dapat beraksi ketika  Manchester City menewaskan Chelsea 3-2 untuk menjulang Perisai Komuniti  di Villa Park, kelmarin. 
Ketiadaannya akan membuka ruang kepada John  Ruddy atau pemain muda Jack Butland untuk membuat penampilan sulung  bersama England.
Ruddy, 25, dipilih menyertai skuad Euro 2012 namun terpaksa disingkir sebelum kejohanan bermula kerana patah jari.
Butland mendapat panggilan dan walaupun dia tidak bermain di Euro,  pemain berusia 19 tahun itu menjaga gawang Britain di Olimpik. 
Pemain  Chelsea, Sturridge, yang dimasukkan sebagai pemain gantian menentang  Manchester City, cedera di jari kaki.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan