29 Ogos 2012

Hazard makin selesa di Chelsea

Eden Hazard gembira berjaya menyesuaikan diri di Chelsea, sama ada ketika di padang atau di luar padang, dalam tempoh yang singkat.


Pemain antarabangsa Belgium itu tiba di Stamford Bridge selepas meninggalkan Lille dengan harga 32 juta (RM155.8 juta) dan membantu Blues mencatat tiga kemenangan dalam tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 21 tahun itu membantu mencipta gol pada setiap perlawanan dan menjaringkan gol pertama untuk kelab itu menerusi sepakan penalti di laman sendiri ketika menentang Newcastle, Sabtu lalu. Namun Hazard gembira berjaya menangani cabaran menyesuaikan diri di kalangan nama besar di Chelsea.

“Saya mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di London. Anda berasa sedikit janggal apabila tiba di kelab yang mempunyai pemain yang hebat,” katanya.

“Namun saya menyatakan kepada diri sendiri, mereka juga seperti saya, mempunyai dua tangan dan kaki. Sudah pasti saya hormati semua pemain yang berada di sini namun terpulang kepada saya untuk menentukan haluan sendiri.

“Saya berdepan sebuah negara, budaya dan bahasa yang baru. Namun saya pernah melakukannya apabila meninggalkan Belgium untuk ke Perancis dan melakukan langkah sama sebelum ini.

“Ini negara ketiga dan saya hadir di sini untuk bermain bola sepak. Di setiap kelab, ada cara untuk memperkenalkan diri. Saya menyanyi lagu rap Perancis dan membuat mereka ketawa.

“Frank Lampard ketawa selepas saya ditemuramah dalam bahasa Inggeris untuk kali pertama. Namun ia tidak terlalu teruk untuk saya yang kali pertama bertutur bahasa Inggeris.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...