Didier Drogba dan rakan sepasukan dari Afrika melangkah ke musim  baru Liga Perdana Inggeris dengan tekad untuk meyakinkan pengurus baru  Chelsea, Andre Villas-Boas mereka layak untuk menjadi sebahagian  daripada masa depan kelab itu.Villas-Boas berjanji memberi peluang kepada semua pemain untuk cuba  menarik perhatiannya setibanya di Stamford Bridge dan perkara itu  menarik perhatian Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael  Essien.
Meskipun jurulatih bangsa Portugis itu hanya berusia  33 tahun, sama usia dengan Drogba, peningkatan ketara dalam kariernya  sebagai jurulatih antaranya disebabkan keyakinan terhadap diri sendiri  dan tidak teragak -agak untuk mengetepikan pemain berpengalaman seperti  penyerang dari Ivory Coast itu.Jika beliau mahu menggunakan formasi kegemarannya 4-3-3, hanya  seorang penyerang yang akan menerajui bahagian serangan sama ada Drogba  atau penyerang yang bernilai 50 juta (RM247.6 juta) Fernando Torres.
Penyerang  Ivory Coast itu optimis mampu memenangi perebutan tempat dan kemudian  meyakinkan Villas-Boas untuk menyambung kontrak yang tamat Jun ini.“Ia adalah pilihan pengurus tapi memang sebegini buat saya sepanjang saya berada di sini,” kata Drogba.
Perkara sama berlaku ketika Eidur Gudjohnsen dan Andrei Shevchenko  berada di sini dan ia bukan perkara baru namun sesuatu yang bagus untuk  pasukan ini kerana mempunyai persaingan.  “Saya berusia 33, pemain  paling tua dan saya berasa aneh tapi tidak bimbang. Jika saya layak  beraksi, saya akan bermain.“Saya pernah berkata beberapa  tahun lalu saya akan berada di sini hingga kontrak tamat dan saya masih  di sini. Saya mahu menamatkan karier saya di Chelsea.”[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan