1 Ogos 2011

Pemain muda Chelsea hanya pinjaman

KETUA Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay memberitahu setiap pemain mudanya hanya boleh dipinjamkan ke kelab lain dan bukan untuk dijual. Bos baru The Blues, Andre Villas-Boas kini sudah menyiapkan skuadnya dan dijangka terdapat beberapa perpindahan pemain berlaku di Stamford Bridge musim panas ini.

“Kemungkinan terdapat pemain luar dibawa masuk dan beberapa pemain muda menyertai pasukan lain berstatus pemain pinjaman. “Tetapi mereka hanyalah dipinjamkan dan bukan dijual. Saya perlu duduk semeja dengan Andre dan meneliti perkara ini,” katanya. Pemain penyerang, Didier Drogba antara yang dikaitkan dengan perpindahan, manakala Jeffrey Bruma dan pemain baru, Thibaut Courtois berkemungkinan dipinjamkan ke kelab lain. [sumber]

Thibaut Courtois

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...