Selepas hampir sebulan bekerja di bawah pengurus baru Chelsea, Andre  Villas-Boas, John Terry menghamburkan pujian terhadap pengurus baru  Blues itu.Villas-Boas dilantik hanya enam minggu lalu, ketika pemain Blues masih belum kembali daripada percutian musim panas mereka.Namun kaedah yang digunakan pengurus berusia 33 tahun itu menarik  minat beberapa pemain berpengalaman Chelsea selepas lima kemenangan pada  perlawanan persahabatan pramusim, menurut kapten, Terry.Villas-Boas dikenali kerana tumpuannya terhadap butiran terperinci  apabila beliau  bekerja sebagai seorang pencari bakat di Stamford  Bridge di bawah pengurus Jose Mourinho.
Terry, pemain  paling berpengaruh Chelsea dalam bilik persalinan, mendedahkan perkara  itulah menjadi satu daripada kualiti bekas pengurus Porto itu.“Sejak beliau hadir di sini pada hari pertama, beliau sentiasa  bersama bola dan mengingatkan kami supaya sentiasa berwaspada,” kata  Terry mengenai pengurus kesembilannya di kelab itu.“Kami tidak sabar melihat apa yang akan berlaku pada musim baru  yang akan bermula beberapa minggu lagi.”    Ketua pasukan England itu  turut menjelaskan gaya Villas-Boas berkomunikasi dengan pemain. 
“Beliau langsung tidak tergagap untuk tempoh 20 hingga 30 minit pada satu-satu masa.“Taklimatnya ringkas tapi padat tidak kira sewaktu latihan mahupun mesyuarat pasukan.”[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan