Frank Lampard menegaskan bahawa tidak ada siapa pun yang  mempersoalkan kuasa yang dimiliki pengurus baharu Chelsea, Andre  Villas-Boas.Pada minggu lalu, bekas kapten Chelsea, Marcel Desailly mendakwa bahawa barisan pemain senior skuad The Blues akan mencabar pengurus muda mereka itu sekiranya gagal memberikan impak yang besar terhadap pasukan.Bagaimanapun, Lampard yang merupakan perancang utama Chelsea berkata,  Villas-Boas telah pun membukti- kan kredibilitinya selaku pengurus  apabila membawa mereka muncul juara Kejohanan Trofi Asia Barclays  kelmarin.
"Kami sentiasa menghormati pengurus dan ia dipraktikkan terhadap mana- mana pengurus sekali pun.
"Banyak yang telah dilakukan oleh Villas-Boas seawal usianya 33 tahun  ketika ini dan saya tidak nafikan yang beliau lebih matang daripada  saya," jelas Lampard.Villas-Boas dibawa masuk ke Stamfod Bridge bulan lalu bagi menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.
Tidak sampai sebulan menjadi pengendali skuad The Blues, bekas  jurulatih FC Porto itu telah menggenggam trofi pertamanya selepas  menewaskan Aston Villa 2-0 pada aksi final Kejohanan Trofi Asia Barclays  di Hong Kong kelmarin.Kejayaan itu juga sekali gus menyaksi- kan Chelsea berjaya merekodkan  empat kemenangan dalam empat perlawanan serta meledak 11 gol sepanjang  siri Jela- jah Asia mereka.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan