16 Ogos 2011

Rekod 12 musim lebur

Andre Villas-Boas menempuh permulaan mengecewakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Chelsea gagal meraih kemenangan pada perlawanan pembukaan buat kali pertama sejak 12 musim apabila terikat 0-0 dengan Stoke, kelmarin.Villas-Boas mengambil alih tugas pertamanya dalam perlawanan kompetitif sejak tiba dari Porto dan bos baru Chelsea itu dinafikan kemenangan apabila penjaga gol Stoke, Asmir Begovic cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan Blues.


Chelsea yakin mereka sepatutnya mendapat sepakan penalti pada minit ke-55 apabila Frank Lampard dijatuhkan dalam kawasan penalti selepas dihadang Marc Wilson tetapi seri adalah keputusan adil selepas perlawanan sengit itu di Stadium Britannia. Villas-Boas menurunkan Fernando Torres berbanding Didier Drogba, namun pemain antarabangsa Sepanyol itu menjelmakan inspirasi tetapi gagal melepasi Begovic tatkala benteng Stoke diterajui pemain baru, Jonathan Woodgate.

“Saya tidak boleh berpuas hati dengan satu mata tetapi ia adalah antara perlawanan paling sukar. Bagi kami, saya rasa satu mata di Stoke tidaklah teruk,” kata Villas-Boas. “Ini bukanlah permulaan hebat bagi Liga Perdana, tetapi kami gembira dapat meningkatkan tahap permainan pada babak kedua. Sayangnya, kami tidak dapat gol.”

Ketika bos Stoke Tony Pulis meraikan perlawanan ke-800 di bawah kendaliannya, Villas-Boas pula muncul pengurus keempat termuda dalam sejarah Liga Perdana. Berusia 33 tahun, dia terlebih dulu memberitahu kejayaan meraih satu gelaran musim ini dan keputusan di gelanggang lawan itu membuktikan petanda baik bahawa apa saja boleh berlaku sepanjang musim ini.

Pemilihan pemain saja membayangkan dia tidak takut untuk membuat keputusan sukar termasuklah Torres, dengan Drogba dan Nicolas Anelka bermula di bangku simpanan - membuktikan dia akan melakukan dengan caranya sendiri.  [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...