Juan Mata mengaku menolak tawaran sertai Arsenal dan Tottenham sebelum memilih   menyertai Chelsea.   
Andre Villas-Boas berusaha mendapatkan perancang Valencia itu dengan tawaran yang mencecah nilai 25 juta (RM122.7 juta).Arsenal  dan Tottenham sebelum ini dikaitkan dengan penyerang berusia 23 tahun  itu yang mengesahkan menolak tawaran daripada pencabar Utara London itu.
“Saya mahu datang ke England untuk memenangi trofi dan disebabkan itu saya menerima tawaran Chelsea,” kata Mata.“Perpindahan  ini adalah kerana keinginan untuk merangkul kejayaan dan bukan wang.  Arsenal dan Tottenham memang berminat tetapi mereka tidak boleh  dibandingkan dengan Blues.  “Saya mahu gelaran Liga Perdana dan ia boleh  dicapai di Chelsea.  “Fernando Torres membantu meyakinkan saya membuat  keputusan ini selain perbincangan secara terus dengan Villas-Boas.
“Dia   beritahu saya pendekatan 4-3-3 dan kepentingan saya dalam  rancangannya.” Mata mungkin mendakwa trofi   punca utama dia memilih  Chelsea tapi bos Spurs, Harry Redknapp percaya pemain muda Sepanyol itu   pindah kerana wang semata-mata. 
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan