Chelsea kembali bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan  kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion pada aksi saingan Liga  Perdana England awal pagi semalam.Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, perancang skuad The Blues, Florent Malouda dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-83 perlawanan.
Sebelum itu, West Bromich terlebih dahulu membuka tirai jaringan  menerusi Shane Long seawal minit keempat sebelum Nicolas Anelka  menyamakan kedudukan buat Chelsea pada minit ke-53.Kemenangan tersebut merupakan yang pertama direkokan pengurus baharu skuad The Blues, Andre Villas-Boas sejak menggantikan Carlo Ancelotti yang telah dipecat musim lalu.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar buat kami (Chelsea) di tempat sendiri."Namun, apa pun kami masih mampu mengutip tiga mata penuh. Ia penting  apatah lagi saingan musim ini baharu sahaja bermula," kata Malouda.Sementara itu, Villas-Boas yang diminta mengulas mengenai persembahan  anak-anak buahnya pada aksi menentang West Bromwich itu berkata:  "Mental para pemain saya pada babak kedua perlawanan adalah lebih baik  daripada babak pertama.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar buat kami. West Bromwich berjaya  menjaringkan gol terlalu awal dan ia sekaligus telah mencemaskan  penyokong-penyokong kami."Pada babak pertama, kami tidak beraksi pada prestasi sebenar kami,  namun mujur pemain-pemain semua berjaya menemui rentak permainan pada  babak kedua. Kini, mereka perlu terus bekerja keras sekiranya mahu  mencipta kemenangan," jelas Villa-Boas.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan