27 Ogos 2012

Torres keluar dari bayangan Drogba

Fernando Torres mengumumkan dia sudah kembali ke prestasi terbaik dengan mempamer aksi menakjubkan ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi skuad Roberto Di Matteo pada tangga teratas liga.

Torres meledak gol keduanya musim ini pada babak pertama setelah sebelum itu Eden Hazard menyempurnakan penalti untuk juara Eropah itu mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

Hazard juga meneruskan permulaan sempurna musim ini dengan jaringan pertama untuk kelabnya selain bijak membantu Torres menjaringkan gol.

Namun jaringan berkualiti Torres, juga aksinya di segenap sudut padang menjadi tumpuan.Ini menunjukkan tempoh bermasalah selama 18 bulan buat pemain Sepanyol itu bersama kelab di barat London itu sudah hampir berakhir, ketika dia mula keluar dari bayang-bayang Didier Drogba setelah pemain Ivory Coast itu berpindah ke China.


Sementara itu, jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo berkata dia tidak terkejut dengan impak segera Hazard dalam EPL.

Pemain berusia 21 tahun itu tidak membuang masa setelah menyesuaikan diri dengan keadaan di Stamford Bridge setelah dibeli pada harga 32 juta pound (RM157 juta) dari Lille.

"Dia tidak mengejutkan kami. Kami menyaksikan dia beraksi banyak kali musim lalu."Ia liga yang berbeza, jadi anda tidak pasti sama ada dia dapat mengadaptasi permainan ke EPL, namun nampaknya dia cepat menyesuaikan diri. Bagi kami dia pemain yang menakjubkan.

"Eden mencipta banyak peluang gol, memang bagus buatnya kerana berjaya menjaringkan gol pertama."Persefahaman di antara Juan Mata, Eden dan semua pemain tengah, keseluruhan pasukan menunjukkan mereka boleh bermain dengan selesa sesama sendiri," kata Di Matteo.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...