16 Ogos 2012

Bersihkan nama John Terry - Roy Hodgson

Jurulatih England, Roy Hodgson berharap Persatuan Bola Sepak England (FA) akan mencari jalan untuk membersihkan nama bekas kapten, John Terry.


Terry dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand, Oktober tahun lalu.

Meskipun Mahkamah Majistret Westminster memutuskan bahawa bintang Chelsea itu tidak bersalah, FA England mendakwa Terry masih perlu membela diri selain bakal berdepan dengan penggantungan yang panjang.

Menurut laporan, FA England akan mengadakan sebutan kes Terry bulan depan, sekali gus meletakkan pemain itu dalam situasi sukar untuk beraksi bersama England pada kempen kelaya- kan Piala Dunia 2014 di Brazil.

England yang akan menentang Itali pada aksi persahabatan antarabangsa esok tidak akan menyenaraikan Terry dalam skuad itu kecuali dia dibebaskan daripada sebarang hukuman.

"Saya masih belum bersedia untuk berbincang bersama Terry," kata Hodg- son."Perkara utama yang saya bimbang adalah saya berkerja di bawah FA England dan saya tidak mahu menimbulkan salah faham.

"Apapun, saya akan serahkan kes ini kepada FA England dan tunggu serta lihat apa yang akan berlaku.""Saya tiada sebarang rahsia mengenainya. Sudah tentu saya berharap dia akan bebas daripada segala pertuduhan di mahkamah dan FA England sebelum dibenarkan beraksi semula.

"Itulah harapan saya. Apa yang akan terjadi, saya tidak tahu. Sebagai ahli FA England, ia merupakan satu perkara yang sukar dan saya tidak bersedia untuk memberi sebarang komen," ujarnya.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...