Roberto Di Matteo menegaskan beliau akan menggunakan pendekatan bersabar terhadap Eden Hazard bagi membolehkan pemain baru Chelsea itu mempunyai masa menyesuaikan diri dengan Liga Perdana.
Chelsea memenangi persaingan mendapat Hazard awal musim panas ini dengan pemain antarabangsa Belgium itu kemudiannya disertai adiknya, Thorgan di Stamford Bridge.
Bekas perancang Lille itu kelihatan lambat untuk menyesuaikan diri dengan gaya baru ketika aksi pramusim dan Di Matteo tidak mahu membebankan Hazard dengan meletakkan terlalu banyak harapan menjelang peringkat awal saingan.
“Sudah pasti kami mahu melihat Eden menjadi semakin mantap, namun kami perlu bersabar,” Di Matteo.
“Dia pemain muda, dia hadir dari liga yang berbeza di Perancis dan kami perlu memberikan dia masa untuk menyesuaikan diri.” Bos Chelsea itu turut menambah pemain lain dalam posisi tengah menyerang musim ini dengan mendapatkan Oscar dan Marko Marin namun berkata ia tidak akan membawa kepada perubahan yang ketara dalam pendekatannya untuk memenangi perlawanan.
Beliau menambah: “Tiada perubahan yang mendadak. Kami akan cuba melakukan sedikit perubahan. Dengan kehadiran pemain baru, sudah pasti corak permainan kami akan sedikit berubah.
“Namun saya tidak pernah kata kami akan mengamalkan corak permainan menyerang, kami akan cuba dan memenangi perlawanan.” Ketua eksekutif, Ron Gourlay mendakwa minggu lalu Chelsea masih cuba memantapkan beberapa bahagian sebelum jendela perpindahan ditutup.
Ditanya sama ada perbelanjaan kelab itu sudah berlebihan, beliau menambah: “Ia bergantung jika ada peluang yang bagus untuk kami. Jika tidak saya gembira dengan skuad sekarang.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan