31 Ogos 2012

Torres azam aibkan bekas kelab

Torres azam aibkan bekas kelabLONDON - Penyerang sensasi Sepanyol, Fernando Torres (gambar) bertekad untuk menjulang trofi Piala Super Eropah di Stadium Stade Louis II, Monaco awal pagi esok.


Bagaimanapun, penyerang Chelsea tersebut perlu mengetepikan sentimen peribadi untuk menewaskan bekas kelab, Atletico Madrid selepas mendedahkan bahawa dia tetap menyayangi kelab Sepanyol itu.

Torres yang meminati Atletico sejak daripada kecil, meninggalkan kelab itu bagi menyarung jersi Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta (RM123.3 juta) pada tahun 2007.

Meskipun Torres menjadi pujaan penyokong skuad The Reds, dia melakukan kejutan apabila menyertai Chelsea dengan rekod perpindahan tertinggi seba- nyak £50 juta (RM246.6 juta) musim lalu.

Perpindahan itu tidak semudah yang dijangka apabila penyerang kelahiran Sepanyol itu dibelenggu prestasi hambar pada musim awal bersama skuad The Blues.

Namun, Torres kembali bangkit dan menemui sentuhan pada saingan Liga Perdana England musim ini, sekali gus berharap mampu meledakkan gol pada pertemuan menen- tang Atletico.

"Saya sering terlepas aksi menentang Atletico sebelum ini.
"Jadi, ia adalah satu perasaan yang sangat istimewa apabila buat pertama kali dalam karier, saya mahu mereka merasai kekalahan pula.

"Pada masa sama, saya berharap hubungan saya dengan Atletico kekal istimewa tidak kira apa jua keputusan pada pertemuan awal pagi esok," katanya.

Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan selepas masing-masing muncul juara Liga Juara-Juara dan Liga Europa musim lalu.

Mengulas lanjut, Torres memberitahu: "Di Liverpool, saya sering menganggap bagaikan berada di 'rumah' sendiri namun akhirnya saya sedar ia silap. Bagi saya, Atletico sentiasa menjadi 'rumah' saya.

"Mungkin, ia bakal berubah satu hari nanti kerana masih terlalu awal untuk memperkatakan sesuatu bersama The Blues kerana saya terlalu baharu di Stamford Bridge."

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...