12 Ogos 2012

Di Matteo arah pemain raih Perisai Komuniti

Manchester City dan Chelsea bakal bertembung di Villa Park, stadium milik kelab Aston Villa bagi membuat perhitungan terakhir merebut Perisai Komuniti malam ini sekali gus menandakan permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/2013.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Wembley terpaksa diubah ke lokasi lain memandangkan venue berkenaan terlibat dalam acara Sukan Olimpik London.

The Blues sudah meraih gelaran sebanyak tiga kali sejak era milenium (2000, 2005 dan 2009) dan kali terakhir pada 1955.

Manakala, The Citizens mahu menebus kehampaan dikecewakan Manchester United apabila tumpas 2-3 musim lalu. Untuk rekod, City berjaya merangkul trofi berkenaan pada 1937, 1968 dan 1972.

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mahu menikmati satu musim menyeronokkan dan berharap anak didiknya mencatat kejayaan kemenangan ke atas Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, malam ini.

Menurut warga Itali yang membantu The Blues merangkul Liga Juara-Juara buat pertama kali musim lalu, pasukannya perlu menang di Villa Park sebagai pembakar semangat bagi meneruskan saingan lebih kompetitif.

"Banyak trofi yang dipertandingkan bagi direbut musim ini. Semangat pemain begitu tinggi dan kami tidak pernah puas dengan kejayaan dilakar musim lalu.

"Jika menang trofi Perisai Komuniti, motivasi pemain pasti lebih memuncak," katanya.

Namun, Di Matteo menegaskan pemainnya mungkin mengharungi saingan yang padat buat julung kali apabila mereka bakal bergelut dalam tujuh kejohanan utama bagi musim ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...