26 Ogos 2012

BPL: Chelsea 2 Newcastle 0


Jaringan pemain tengah antarabangsa Belgium, Eden Hazard dan penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres sudah cukup meletakkan The Blues terus  memimpin teraju Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012/2013 selepas menewaskan Newcastle United 2-0 di Stadium Stamford Bridge awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kelab milik jutawan Rusia, Roman Abramovich yang beraksi lebih satu perlawanan itu tampil meyakinkan selepas permulaan baik menewaskan Wigan Atletics dan Reading sebelum ini apabila menguasai rentak bahagian tengah serta serangan.
Menerusi tiga kemenangan setakat ini Chelsea telah mengumpulkan sembilan mata.
Namun begitu, gol pertama hanya hadir pada minit ke-22 selepas Hazard berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah Torres dikasari pertahanan pelawat, Vurnon Anita dalam kawasan penalti pelawat.
The Blues tampil tanpa dua tonggak berpengaruh pertahanan John Terry dan tengah Frank Lampard, Roberto di Matteo menggandingkan Gary Cahill dan David Luiz memperkukuh benteng pertahanan manakala Raul Meireles bersama John Obi Mikel menggerakkan bahagian tengah Chelsea.
Hasilnya beberapa serangan Chelsea berjaya membolosi pertahanan pelawat, namun hanya ketangkasan penjaga gol antarabangsa Belanda, Tim Krul menjadi halangan terakhir tuan rumah.
Namun, kekebalan Krul akhir bolos setelah Torres menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-45 selepas Torres berjaya memboloskan diri daripada kawalan pertahanan sebelum melepaskan rembatan untuk memastikan tiga mata milik The Blues.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...