Penjaga gol England, Joe Hart dan penyerang Daniel Sturridge yang mengalami kecederaan digugurkan daripada skuad bagi aksi persahabatan menentang naib juara Euro 2012, Itali, awal pagi Khamis ini.
Hart mengalami sakit belakang dan tidak dapat beraksi ketika Manchester City menewaskan Chelsea 3-2 untuk menjulang Perisai Komuniti di Villa Park, kelmarin.
Ketiadaannya akan membuka ruang kepada John Ruddy atau pemain muda Jack Butland untuk membuat penampilan sulung bersama England.
Ruddy, 25, dipilih menyertai skuad Euro 2012 namun terpaksa disingkir sebelum kejohanan bermula kerana patah jari.
Butland mendapat panggilan dan walaupun dia tidak bermain di Euro, pemain berusia 19 tahun itu menjaga gawang Britain di Olimpik.
Pemain Chelsea, Sturridge, yang dimasukkan sebagai pemain gantian menentang Manchester City, cedera di jari kaki.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan