Bos Liverpool, Brendan Rodgers bersiap sedia untuk membeli belah pada saat akhir dengan penyerang Chelsea, Daniel Sturridge dijadikan sebagai keutamaan menjelang tarikh tutup tetingkap perpindahan Jumaat ini.
Rodgers bagaimanapun terlebih dahulu wajib melaksanakan misi sampingan iaitu dengan mengeluarkan pemain-pemain yang tidak lagi diperlukan khidmat mereka di Anfield,untuk menjana peruntukan membiayai pembelian baru.
Dia dikatakan mahu menjualkan Charlie Adam dan Stewart Downing, begitu juga dengan Andy Caroll yang masih diintai kelibatnya oleh bekas pasukan, Newcastle dan West Ham yang berminat untuk meminjam dengan pilihan untuk menjadikannya perpindahan kekal.
Rodgers adalah peminat besar Sturridge yang terdesak mencari jalan keluar dari Stamford Bridge setelah gagal merebut tempat dalam skuad utama mahupun diberi peluang turun sebagai penyerang tengah yang menjadi posisi semulajadinya.
Walaupun menyedari minat Liverpool, Chelsea mungkin keberatan untuk menjual Sturridge kerana ia akan melemahkan jentera serangannya.
Selepas meminjamkan Romelu Lukaku ke West Brom untuk sepanjang musim, Sturridge adalah satu-satunya penyerang senior yang tinggal selepas pilihan pertama, Fernando Torres.
Rodgers telah memikat pentadbir Liverpool dan peminat-peminatnya dengan falsafah dan rancangan pembangunan semula pasukan dan jika dia dapat menjana peruntukan daripada jualan, maka ia akan dibelanjakan untuk mendapakan Sturridge.
Liverpool dijangka menghadapi kesukaran mencari pembeli untuk Downing berikutan aksi hambar untuk sepanjang musim lalu, biarpun dia masih merupakan anggota skuad kebangsaan England.
Adam pula tidak lagi berada dalam rancangan jangka panjang Rodgers dan dikaitkan dengan perpindahan ke Everton.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan