12 Ogos 2012

Perisai Komuniti: Man. City 3 Chelsea 2

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menjulang Perisai Komuniti dengan menewaskan juara Piala FA musim lalu, Chelsea 3-2, malam ini (waktu Malaysia).

Walaupun Chelsea mendahului Manchester City 1-0 di separuh masa pertama, pesaingnya menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua, sekali gus menundukkan lawannya untuk memulakan musim ini dengan kemenangan bergaya.

Dalam aksi yang berlangsung di Villa Park, gol awal Chelsea dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-40.

Manchester City bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Yaya Toure, minit ke-52 sebelum menambah gol menerusi Carlos Tevez enam minit kemudian dan Samir Nasri minit ke-64.

Perlawanan merebut Perisai Komuniti menandakan permulaan musim baru EPL 2012/2013.Chelsea, yang juga juara Kejohanan Eropah merapatkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua menerusi Ryan Bertrand pada minit ke-80 tetapi ia tidak cukup untuk mengikat Manchester City.

Dengan kemenangan hari ini, Manchester City telah menjuarai Perisai Komuniti sebanyak empat kali iaitu 1937, 1968 dan 1972.Tahun lalu, ia tewas kepada Manchester United 2-3.[sumber]

Arulchelsea: Kalau ivanovic tak kena kad..belum tentu mancity menang..yang bagusnya chelsea ni main 11 orang dapat gol..main 10 rang pun dapat gol..man.city kena tunggu chelsea 10 orang baru nak gol..apa barang..permulaan yang baik untuk torres..


0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...