13 Jun 2012

Torres ‘serang’ Rep Ireland

Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mula bermain psikologi ke atas Republik Ireland dengan menyuarakan betapa pasukannya bertekad memenangi semua perlawanan baki Kumpulan C untuk mengekalkan mahkota kejuaraan mereka.


Juara dunia itu akan menentang Republik Ireland, awal pagi Jumaat ini dan penyerang Chelsea itu yakin mereka ada ramuan untuk menewaskan pasukan bimbingan Giovanni Trapattoni dan Croatia untuk menjuarai kumpulan berkenaan. 

“Kami harus cuba muncul juara kumpulan dan tiada pilihan kecuali menang setiap perlawanan mulai sekarang” kata penyerang itu yang muncul wira Sepanyol pada 2008 ketika menewaskan Jerman 1-0 dalam final. 

Dia akur kecewa gagal menjaringkan gol ketika hanya berdepan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon dan menyuarakan azam mahu menamatkan kemarau jaringan apabila menentang Ireland yang kini terdesak selepas tewas kepada Croatia dalam perlawanan pembukaan 10 Jun lalu.

Sementara itu, Trapattoni berkata pasukannya perlu mempamer kepercayaan ketika menentang Sepanyol ketika barisan Irish itu bergelut untuk mengekalkan impian Euro 2012 mereka.

“Kami masih mempunyai 90 minit. Kami perlu percaya. Semua perlawanan di Euro boleh menjadi kejutan. Kita perlu mempercayainya,” kata Trapattoni, 73, yang mengambil alih tugas berat mengendali Ireland pada 2008.

Apapun, menembusi perisai pertahanan Sepanyol pasti tugas sukar buat mereka dengan dikawal dua pemain ternama Barcelona dan Real Madrid – Gerard Pique dan Sergio Ramos yang mahu membuktikan kekuatan selepas ketiadaan ikon Carles Puyol yang tersisih akibat kecederaan.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...