Pengurusan Chelsea akhirnya mengesahkan akan melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus tetap di kelab itu musim depan.
Menurut laporan BBC, pelantikan beliau akan disahkan minggu ini.
"Setelah mengadakan perbincangan dengan pegawai Chelsea minggu lalu ,akhirnya pemilik Chelsea, Roman Abramovich akur dan pengendali yang berusia 41 tahun itu adalah yang terbaik untuk menguruskan The Blue," katanya.
Bagaimanapun, Chelsea terpaksa menunggu kepulangan Di Matteo dari London sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Sebelum ini, masa depan Di Matteo dilaporkan masih samar berikutan laporan mendakwa Abramovich mahu membawa masuk pengendali yang lebih hebat bagi mengendalikan kelab itu musim depan.
Antaranya adalah bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, Laurent Blanc (Perancis) dan juga bekas jurulatih England, Fabio Capello sebagai pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun.
Di Matteo yang mengambil alih jawatan Andre Villas Boas sebagai pengendali sementara Chelsea dua bulan lalu, berjaya memulihkan semula reputasi Chelsea dengan menjulang Piala FA dan Liga Juara-juara.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan