29 Jun 2012

Torres senjata rahsia Sepanyol?

Bintang Sepanyol, Andres Iniesta menegaskan corak permainan tiki-taka yang membantu mereka menjulang kejuaraan Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 tidak membosankan selepas pasukannya menewaskan Portugal menerusi sepakan penalti pada separuh akhir Euro 2012.


Bagaimanapun aksi semalam menyaksikan sistem permainan Sepanyol itu gagal menghasilkan jaringan.

Selepas aksi 120 minit tanpa gol, persoalan mula timbul: Adakah Sepanyol perlu menggunakan pemain nombor sembilan? Jurulatih Vicente Del Bosque seakan-akan tidak yakin dengan kemampuan Fernando Torres meskipun dia meledak dua gol ketika menentang Ireland.

Sebaliknya, Del Bosque membuat kejutan apabila menurunkan penyerang Sevilla, Alvaro Negredo yang hanya beraksi selama dua minit dalam perlawanan sebelum ini.

Jesus Navas menjadi penjaring gol kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Croatia tapi Torres dan pemain bukan penyerang sebenar, Cesc Fabregas berjaya mencipta gerakan bahaya tanpa mengira dua gol Xabi Alonso pada suku akhir menentang Perancis.

Bagaimanapun, Del Bosque memilih untuk memberi peluang kepada Negredo, mungkin mengambil kira kejayaan Furia Roja memenangi semua 11 perlawanan apabila dia diturunkan.

Sepanyol bagaimanapun memenangi semua kecuali enam perlawanan dalam 47 perlawanan sebelum menentang Portugal.

Negredo menjaringkan gol dalam tiga perlawanan ketika berdepan pemain pertahanan Portugal yang beraksi bersama Real Madrid, Pepe.

Pada aksi semalam, dia gagal menyinar dan digantikan dengan Fabregas selepas tamat babak pertama.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...