29 Jun 2012

Courtois kekal dipinjamkan

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois akan menghabiskan musim kedua secara pinjaman di kelab juara Liga Europa, Atletico Madrid.


Kelab Sepanyol itu mengesahkan pemain antarabangsa Belgium itu akan kembali ke Vicente Calderon selepas berjaya mempamerkan aksi mengagumkan di kelab ibu negara itu musim lalu.

Selepas dipinjamkan Chelsea sebaik tiba dari Racing Genk, pemain berusia 20 tahun itu memantapkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu Atletico ketika mereka menamatkan musim di tangga kelima La Liga dan menjuarai Liga Europa.

“Thibaut Courtois akan bermain di Atletico Madrid musim depan selepas Atletico mencapai persetujuan bersama Chelsea bagi perpindahan semusim,” kata satu kenyataan laman web rasmi kelab Sepanyol itu.

“Penjaga gol antarabangsa Belgium bermain dalam 37 perlawanan La Liga dan 15 perlawanan Liga Europa, pertandingan yang dimenangi di Bucharest pada 9 Mei lalu.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...