16 Jun 2012

Drogba hampir sertai Shenhua

Shanghai Shenhua hampir mencapai kata sepakat membawa masuk bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba ke China.


Kelab Liga Super China itu dilapor selesai mengadakan beberapa perbincangan dengan Drogba dan pemain berasal dari Ivory Coast itu dijangka bakal mengiringi bekas rakan seangkatan, Nicolas Anelka sekiranya perjanjian berjalan lancar.

“Pegawai rasmi Shenhua berangkat ke Ivory Coast untuk mengadakan perbincangan terakhir dengan bintang Chelsea, Didier Drogba,” kata laporan akhbar Shanghai Daily. 

Akhbar itu turut menyatakan ahli lembaga pengarah Shenhua, Zhou Jun akan bersemuka dengan pemain berusia 34 tahun itu.Pengurus baru Shenhua, Sergio Batista bagaimanapun optimis Drogba akan menyertai kelab itu.

“Drogba kemungkinan besar akan menyertai pasukan dan kami akan terus berhubung dengannya,” katanya sambil menambah kelab bagaimanapun tidak menjangkakan sebarang kata putus hingga 30 Jun ini.

Drogba mengucapkan selamat tinggal kepada Chelsea selepas membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu merangkul gelaran Liga Juara-Juara bulan lalu.

Bekas pengurus Argentina, Batista, menyertai Shenhua yang kini menduduki ranking kesembilan daripada 16 kelab Liga China, bulan lalu. Beliau beralih ke Shenhua selepas kelab itu memecat jurulatih dari Perancis sebelum ini, Jean Tigana.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...