Florent Malouda merancang untuk meninggalkan Chelsea selepas dia memulakan perbincangan dengan kelab dari Brazil, Vasco da Gama.
Pemain sayap Perancis berusia 32 tahun itu masih ada baki kontrak setahun tetapi dia yakin dia tidak berada dalam perancangan bos Roberto Di Matteo untuk pelan jangka panjang Chelsea.
Malouda yang menyertai Chelsea dari Lyon dengan harga 13 juta pound (RM64.74 juta) pada 2007 itu kurang mendapat perhatian dalam pasukan utama musim lalu.
Dia bakal menjadi pemain keempat selepas Didier Drogba, Salomon Kalou dan Jose Bosingwa meninggalkan kelab.
Pada musim lepas hampir ke penghujung, pemain sayap itu telah memberi gambaran bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea. Pemenang Liga Juara-Juara itu tidak berhajat untuk menghalang pemergian pemain tersebut jika kelab Brazil itu bersetuju dengan yuran perpindahan 3 juta pound (RM14.9 juta).
Walaupun Vasco da Gama masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk mengikat pemain tersebut, terdapat kelab lain dari Brazil yang turut menunjukkan minat bagi mendapatkan khidmat Malouda iaitu pasukan tempat kelahiran isterinya, Florencia di Fluminense, yang merupakan kelab bekas pemain tengah Chelsea, Deco.
Pada awal bulan ini terdapat laporan yang menyatakan bekas pengurus Blues, Luis Felipe Scolari bersedia untuk mendapatkan pemain itu beraksi bersama Palmeiras.
Tetapi Scolari, yang pernah menjadi bos kepada Malouda di Stamford Bridge pada musim 2008-2009, membatalkan rundingan apabila Chelsea enggan untuk menyerahkan pemain itu dalam bentuk pinjaman.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan