Raul Meireles enggan berbicara mengenai masa depannya ketika masih terbabit dengan kempen Portugal pada Euro 2012.
Spekulasi kuat memperkatakan pemain tengah itu mungkin akan meninggalkan Chelsea musim panas ini.
Meireles menjadi sebahagian daripada tonggak utama Blues sejak berhijrah ke Stamford Bridge pada 2011 dan membantu kelab itu meraih kegemilangan Liga Juara-Juara musim lalu.
Bagaimanapun dia dilapor menarik minat kelab Serie A, Napoli dan kelab Itali itu mempunyai wang untuk dibelanjakan selepas bersetuju menjual perancang utama, Ezequiel Lavezzi ke Paris St Germain.
Mereka kini perlu mengisi kekosongan itu dan khabar angin mengatakan ejen Meireles sudah dihubungi mengenai keinginan mereka itu.
Pemain berusia 29 tahun itu enggan dikaitkan dengan isu itu dengan fokusnya lebih tertumpu kepada pertembungan separuh akhir Euro 2012 menentang Sepanyol, awal pagi esok.
“Saya fokus terhadap Euro dan tidak boleh memikirkan mengenai masa depan saya pada masas ini,” kata Meireles.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan