2 November 2012

Clattenburg pangil Mikel ‘monyet’- Chelsea kemuka saksi

Chelsea bakal mengemukan kenyataan saksi yang diambil daripada pemainnya untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sebagai bahan bukti bahawa pengadil perlawanan Mark Clattenburg ada mengeluarkan kata-kata kesat terhadap John Obi Mikel.

Kelab itu bagaimanapun terpaksa menggugurkan satu lagi pertuduhan ke atas Clattenburg membabitkan Juan Mata selepas gagal mengemukakan bukti kukuh bagi meneruskan kes berkenaan.

“Kami sudahpun menyerahkan aduan rasmi kepada FA hari ini (semalam) selepas melakukan siasat menyeluruh.

“Bagaimanapun kami membuat keputusan menarik dakwaan yang dikaitkan dengan Mata kerana tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan itu,” katanya.

Walaupun pengadil itu tidak melemparkan kata-kata kesat yang boleh dikaitkan dengan isu perkauman, tetapi Clattenburg dikatakan memanggil pemain (Mikel) itu sebagai ‘monyet’.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...