Roberto Di Matteo berkata, Chelsea perlu memperkukuhkan bahagian 
pertahanan selepas kemenangan 3-2 hasil jaringan pada babak akhir 
perlawanan ketika menentang Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara 
semalam.
Pasukan tuan rumah hampir mencatat keputusan seri yang bakal menyebabkan Chelsea menghuni tangga ketiga Kumpulan D.
Namun pemain gantian Victor Moses tepat menyambar sepakan sudut Juan 
Mata yang menggegar gawang lawan untuk memastikan tiga mata buat Blues.
Chelsea kini mengatasi Shakhtar berdasarkan kelebihan rekod 
pertembungan kedua-dua pasukan dan satu mata mengatasi Juventus, yang 
akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea pada perlawanan 20 November ini.
Pertembungan itu akan menentukan sama ada juara bertahan itu akan mara ke pusingan kalah mati.Di Matteo mengakui kemenangan semalam dibantu dengan 'elemen tuah' dan mengecam pemainnya kerana dua kali gawang Blues dibolosi.
"Kami gagal mempertahankan kelebihan dua gol, jadi kami perlu memburu gol kemenangan sehingga ke hujung permainan," katanya.
Fernando Torres meletakan Chelsea mendahului pada minit keenam, namun
 Shakhtar menyamakan kedudukan menerusi pemain Brazil, Willian.
Oscar sekali lagi meletakan Chelsea pada minit ke-40 namun Willian 
meledak gol keduanya untuk lawan menyamakan kedudukan sebelum Moses 
mengesahkan kemenangan Chelsea pada masa kecederaan.Ketiadaan pemain yang cedera, Ashley Cole menyebabkan Chelsea mendapati ruang sayap kanan dan kiri kerap terbuka.
Ini ditambah dengan John Terry yang tidak cukup cergas selepas 
menjalani penggantungan empat perlawanan kerana kata-kata rasis terhadap
 pemain Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan