1 November 2012

Chelsea Sukar dakwa Clattenburg

Usaha Chelsea untuk mendakwa pengadil Mark Clattenburg mungkin tidak berhasil selepas kelab itu melantik peguam bebas untuk menyiasat dakwaan pemain mereka.


Kelab itu selesai menjalankan siasatan dalaman semalam terhadap dakwaan pengadil mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas John Obi Mikel dan memanggil Juan Mata 't***' Sepanyol'.

Peguam yang dilantik itu akan memberi cadangan dari sudut perundangan kepada Chelsea sama ada kes itu boleh berjaya. Meskipun isu mengenai bukti yang ada belum selesai, Chelsea tetap yakin dengan tindakan yang diambil.

Clattenburg, yang tidak disenaraikan bagi tugasan perlawanan Liga Perdana minggu ini, mengaku tidak bersalah sejak kontroversi yang melanda ketika Chelsea tewas 2-3 di tangan Manchester United, hujung minggu lalu.

Mikel antara pemain Chelsea yang kembali menjalani latihan kelmarin menjelang perlawanan ulangan dengan United bagi kempen Piala Liga, awal pagi tadi.

Kini Chelsea pula kemungkinan bakal menerima padah jika pemain mereka tersilap dengar atau salah faham dalam perbalahan dengan Clattenburg ketika perlawanan menentang United.

Chelsea hanya akan meneruskan dakwaan ke atas pengadil itu jika mereka berpuas hati dengan dakwaan pemain selepas perlawanan itu yang kini diteliti semula oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Ini bermakna mereka bukan saja perlu meyakinkan suruhanjaya FA namun turut perlu mengadakan perbincangan dengan Polis Metropolitan yang menyiasat mengenai perkara itu.

Jika kes itu dibatalkan, ia akan memberi imej buruk terhadap Chelsea yang mendakwa Clattenburg mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap Mikel dan Mata.

Kemungkinan juga kelab itu dan Mikel boleh dikenakan tindakan oleh FA selepas pemain tengah itu terpaksa dileraikan daripada mengasari Clattenburg dalam bilik persalinan pengadil selepas perlawanan tamat. [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...