1 November 2012

Piala Liga : Chelsea 5 Man.Utd. 4

Chelsea membalas luka tiga hari lalu apabila menundukkan Manchester United 5-4 pada saingan pusingan keempat Piala Liga di Stamford Bridge sebentar tadi.

Chelsea menyumbat dua gol menerusi Ramirez dan Daniel Strrudge pada masa tambahan selepas kedudukan terikat 3-3 tamat masa penuh permainan.

United seakan mengulangi kemenangan 3-2 pada Ahad lalu namun Edin Hazard menyamakan kedudukan 3-3 melalui penalti pada minit terakhir permainam.

United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-22 sebelum Chelsea menyamakan kedudukan melalui penalti David Luiz pada minit ke-32.

Namun United kembali di depan 10 minit kemudian menerusi penyerang Mexico, Javier Hernandez.

Masuk masa kedua David Carhill menanduk masuk pada minit ke-51 untuk menjadikan kedudukan 2-2 . Nani kemudian menjaringkan gol pada minit ke-58 meletakan kembali United di depan.

Giggs pula menyumbat gol keduanya ketika permaianan menerusi penalti tetapi ia sudah terlambat bagi United.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...