8 November 2012

UCL: Chelsea 3 Shakhtar donetsk 2 - highlight

Gol tandukan Victor Moses pada minit ke-94 memberikan kemenangan dramatik Chelsea di laman sendiri awal pagi semalam untuk menewaskan Shakhtar Donetsk, 3-2 sekali gus menghidupkan semula impian mempertahankan mahkota Liga Juara-Juara.
Juara bertahan itu kelihatan akan mencatat keputusan seri yang boleh menyebabkan mereka berdepan risiko tersingkir di peringkat kumpulan sebelum Moses melonjak menanduk masuk sepakan penjuru Juan Mata pada masa kecederaan yang juga jaringan pertamanya dalam pertandingan itu.

Chelsea mendahului dua kali namun Shakhtar bangkit dua kali menerusi Willian dengan juara Ukraine itu mengancam menambah kesengsaraan skuad kendalian Roberto Di Matteo selepas menang 2-1 di Ukraine dua minggu lalu.
Bagaimanapun jaringan Moses membolehkan Chelsea terikat tujuh mata bersama Shakhtar dalam Kumpulan E, memberikan mereka kelebihan satu mata berbanding pasukan tempat ketiga, Juventus dengan kedua-dua pasukan bertemu di Turin pada 20 November ini.

“Kami mendapat tiga mata penting. Ia kemenangan penting buat kami dalam perlawanan sukar di laman sendiri,” kata Di Matteo.

“Mereka amat bagus. Kini mungkin semuanya bergantung kepada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.“Kami sekali lagi mempamerkan semangat tinggi dan berjuang hingga ke wisel penamat. Kami sedar perlu meledak jaringan pada hujung perlawanan dan berjaya melakukannya.”

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...