1 April 2013

Dua misi berbeza Benitez malam ini

Selain menempah slot ke separuh akhir Piala FA, pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez bertekad untuk menamatkan 'permusuhan' bersama pengurus Manchester United, Alex Ferguson.


Benitez berkata, beliau bersedia untuk bersalaman dengan Ferguson pada aksi ulangan suku akhir Piala FA di Stamford Bridge malam ini.

Sebelum ini, Ferguson dilaporkan enggan menyambut tangan Benitez sebaik kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pertama di Old Trafford bulan lalu.

Bagaimanapun, Benitez enggan memanjangkan kontroversi tersebut dan bersedia bersalaman dengan Ferguson sebaik tamat perlawanan malam ini.

"Sebagai pengurus tuan rumah, sudah tentu saya akan bersalaman dengan pengurus pasukan pelawat."Mengenai Ferguson sama ada mahu bersalaman dengan saya ataupun tidak, jangan tanya saya.

"Berdasarkan rakaman perlawanan tempoh hari, beliau dilihat langsung tidak memandang saya.
"Saya tidak akan melakukan perkara yang sama. Apa yang penting saya mahu menikmati perlawanan ini," kata Benitez.

Pada masa sama, Benitez dijangka kembali mempertaruhkan skuad terbaik kerana eksperimennya tampak serba tidak menjadi ketika tumpas 1-2 kepada Southampton kelmarin.

Beberapa pemain utama seperti Juan Mata, Eden Hazard, Ashley Cole, David Luiz, Ramires dan Demba Ba yang diketepikan pada perlawanan itu dijangka kembali beraksi malam ini.

Selain aksi Piala FA, skuad The Blues juga bakal berdepan Rubin Kazan pada saingan suku akhir pertama Liga Europa di tempat lawan minggu depan.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...