26 April 2013

Mourinho, Falcao kembali sertai Chelsea

Jose Mourinho berhasrat untuk membawa masuk bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao yang bernilai 53 juta pound (RM246 juta) bersamanya ke Chelsea pada musim panas ini.


Menurut laporan SunSport, bos Real Madrid itu terdesak untuk kembali ke pangkuan kelab lamanya di Stamford Bridge.

Malah, Mourinho telah memilih pemain antarabangsa Colombia, Falcao untuk bersamanya menyertai The Blues buat kali kedua.

Falcao memiliki klausa tercatat di dalam kontraknya bahawa dia bernilai 53 juta pound dan Chelsea dikhabarkan akan memanfaatkan kesempatan daripada ‘pakatan tidak agresif’ yang wujud di antara Atletico dan Real Madrid untuk menyambar penyerang itu.

Mourinho amat mengagumi Falcoa dan jika berjaya berunding dengan pemilik Blues, Roman Abramovich, dia bakal diberi wang tunai yang mencukupi untuk menjadikan Chelsea juara sekali lagi.

Kepulangan Special One ke Stamford Bridge telah melalui pelbagai rintangan.
Namun, kedua-dua pihak telah pun mencapai kata sepakat berhubung bayaran yang akan diterima dan juga sasaran perpindahan pemain.

Falcao dan Mourinho yang berkongsi ejen sama, Jorge Mendes sepatutnya mempermudahkan lagi perundingan tersebut bagi membawa pulang Special One pada hujung musim ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...