Fernando Torres, semalam berikrar bahawa dia akan terus setia bersama Chelsea sekurang-kurangnya sehingga 2016.
Penyerang Sepanyol itu terpaksa bergelut dengan prestasi agar setara
dengan harga 50 juta pound (RM232 juta) yang diletakkan kepadanya dan
merupakan rekod perpindahan termahal Britain sejak menyertai Chelsea
dari Liverpool pada Januari 2011.
Kenyataan Torres itu ekoran tercetusnya spekulasi di Sepanyol yang
melaporkan dia akan kembali ke kelab zaman remajanya, Atletico Madrid
pada musim panas ini.
Namun, Torres, 29, menegaskan, dia perlu mematuhi kontraknya bersama Blues.
"Saya tidak pernah menyembunyikan yang saya bersyukur kerana Atletico
telah memberi begitu banyak pengalaman, tetapi realitinya saya bersama
pasukan lain dan masih memiliki tiga tahun kontrak.
"Masih banyak yang perlu saya sumbangkan kepada Chelsea dan
membuktikan kemampuan sebenar diri saya sebelum pulang ke tanah air.
Buat masa sekarang, kembali ke pangkuan Atletico bukan satu realiti,''
katanya.
Torres berjaya meledakkan 29 gol dalam 116 penampilan selama dua tahun lebih di Stamford Bridge.Namun, Torres mahu menyempurnakan kontraknya dan membuktikan bahawa keputusan pemilik Blues, Roman Abramovich menjadikan dia sebagai pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak Britain adalah tepat.
Torres meledakkan gol sewaktu membantu pasukannya melakar kemenangan
3-1 ke atas Rubin Kazan dalam suku akhir pertama Liga Europa, kelmarin -
yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jaringannya kepada 19 gol
musim ini.
Prestasi hambarnya bersama Chelsea telah menyebabkan dia kehilangan
tempat dalam skuad Sepanyol yang dibimbing oleh Vicente Del Bosque.
Dia bagaimanapun berikrar untuk merebut kembali tempatnya dalam pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia di Brazil tahun depan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan