14 April 2013

Chelsea tidak mahu ambil risiko

Chelsea masih belum memutuskan sama ada bersedia menurunkan Demba Ba pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City di Stamford Bridge, Ahad ini.


Ba, 27, disahkan tidak mengalami kecederaan serius selepas menjalani imbasan MRI, kelmarin.Ahad lalu, penyerang Senegal itu mengalami kecederaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland.

"Saya ada bercakap dengan Ba bagi mengetahui tahap kecederaannya. Dia memaklumkan keadaannya OK tapi kami tidak mahu ambil risiko untuk membenarkannya turun berlatih," ulas pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez.

Dalam perkembangan berkaitan, Benitez berkata, The Blues terpaksa mengetepikan beberapa pemain tonggak pada perlawanan suku akhir kedua Liga Europa menentang Rubin Kazan di Moscow, esok.

"Ba sudah pasti tidak akan disenaraikan. Ryan Bertrand pula tidak sihat namun kami tetap memantau perkembangannya."Kami sudah kehilangan Ashley Cole dan Gary Cahill, jadi tiada pilihan yang tinggal," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...