Rafael Benitez menegaskan, Chelsea masih boleh
meraih kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan
mereka ke Southampton, hari ini yang menandakan permulaan perjuangan The
Blues.
Skuad bimbingan Benitez yang kini menghuni tempat ketiga cuba
meningkatkan tekanan ke atas Manchester City, yang memiliki kelebihan
lima mata di kedudukan kedua sekiranya mereka menang di St. Mary.
Pertemuan dengan Southampton merupakan yang pertama daripada enam
perlawanan dalam tempoh 16 hari buat Chelsea, dengan pertemuan ulangan
suku akhir Piala FA menentang Manchester United hanya berlangsung 48 jam
selepas itu.
Jadual padat menguji skuad Benitez hingga ke tahap maksimum tetapi
warga Sepanyol itu berkata: "Lebih baik menghadapi masalah ini daripada
hanya menyaksikan perlawanan di televisyen.
"Sekurang-kurangnya anda masih lagi bersaing."Bertemu pasukan di kedudukan teratas dalam bulan terakhir musim ini ialah apabila anda berjuang untuk perebutan trofi.
"Kami masih berpeluang dan ini satu berita yang positif."Pada peringkat ini, anda perlu melakar kemenangan dan kemudian anda boleh memenangi trofi," katanya.Chelsea memiliki kelebihan satu mata di depan Tottenham sebelum liga
berhenti rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa,
dengan Arsenal hanya tercicir empat mata di tangga kelima.
Pertarungan bagi mengisi slot ke Liga Juara-Juara menjadi bertambah
sengit dalam tempoh beberapa minggu akan datang, tetapi sementara
Benitez memantau ancaman dua kelab dari utara London itu, dia masih
mengekalkan fokusnya terhadap City.
"Saya mahu melihat jika kami mampu merapatkan jurang, tetapi saya
yakin mereka juga memandang berat mengenai perkara ini seperti mana kami
bimbangkan tentang Tottenham, Arsenal dan Everton.
"Dalam beberapa minggu ini, kami berlatih dengan baik sekali, begitu
juga dengan persaingan yang kami terima. Jadi, jika anda mampu
mengekalkan momentum, saya tidak bimbang tentang ancaman pasukan lain.
Saya cuma perlu memantau Manchester City," kata Benitez.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan