Roberto Di Matteo yakin Didier Drogba akan pulih sepenuhnya dan bakal diturunkan bertemu Barcelona pertengahan minggu ini.
Penyerang Chelsea itu berdepan kecederaan lutut dan dikeluarkan ketika mereka sekadar seri 0-0 dengan Arsenal di Stadium Emirates.
Bagaimanapun, selepas Drogba menjaringkan gol kemenangan pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Barcelona minggu lalu, Di Matteo ternyata mahu menggunakan khidmat penyerang antarabangsa Ivory Coast itu dalam aksi timbal balik di Nou Camp nanti.
“Kami akan menilai barisan pemain. Drogba berdepan kecederaan lutut, jadi sama-sama kita lihat sama ada dia dapat pulih sepenuhnya atau sebaliknya,” kata pemangku ketua jurulatih itu.
Di Matteo melakukan lapan pertukaran pada perlawanan ketiga pasukannya dalam tempoh enam hari iaitu selepas bertemu Barcelona dan meraih kemenangan ke atas Tottenham pada separuh akhir Piala FA.
“Kami tetap gembira dengan mata yang kami peroleh di tempat lawan kerana ini adalah perlawanan ketiga dalam tempoh kurang daripada enam hari,” katanya.
“Aksi pasukan sangat bagus. Agak mengecewakan kerana kami terlepas beberapa peluang terhidang pada babak-babak akhir.
“Ia bukan disebabkan merehatkan banyak pemain utama. Ia adalah mengenai memilih pemain untuk memenangi perlawanan ketika bertemu Arsenal. Tiga perlawanan dalam tempoh enam hari adalah jadual yang cukup padat.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan