John Terry mula bimbang menjelang pertemuan Chelsea menentang Barcelona apabila anaknya kembarnya sendiri, Georgie dan Summer, 5, meminati Lionel Messi.
Mereka mungkin tidak gembira apabila ayah mereka sendiri yang akan menghalang pemain idola mereka dari Argentina itu.
Itu adalah satu lagi dilema yang membelenggu kapten Chelsea ketika dia bersedia berdepan pemain terbaik dunia dalam dua perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara pada 18 dan 24 April ini.
Cubaan menghalang bintang Barcelona yang menjaringkan 58 gol itu memang cukup membimbangkan dan ia ditambah lagi dengan tekanan kerana mengecewakan anak-anaknya.
Cubaan menghalang bintang Barcelona yang menjaringkan 58 gol itu memang cukup membimbangkan dan ia ditambah lagi dengan tekanan kerana mengecewakan anak-anaknya.
“Bagi saya, Lionel Messi memang pemain terbaik. Saya bertuah dapat menentangnya dan apabila karier saya berakhir, ia sesuatu yang pasti dikenang kerana saya sudah menguji kehebatan saya dengan pemain terbaik.
“Dia masih akan terus gah biarpun karier saya sendiri berakhir. Jadi ketika menonton di televisyen nanti, saya boleh beritahu kepada anak-anak saya bahawa saya pernah menentangnya.
“Anak-anak saya memang sukakan Messi. Kedua-duanya mempunyai jersi dengan namanya di belakang malah mereka gembira kerana saya bertukar jersi selepas satu daripada perlawanan sebelum ini.”
“Saya tidak boleh merungut kerana Messi adalah pemain hebat secara individu dan juga seorang yang hebat. Dia mempunyai segala-galanya dan benar-benar memberi sumbangan kepada bola sepak.
“Melihat aksinya memang sesuatu yang hebat tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh dihalang, seperti yang kami buktikan sebelum ini.
Terry mungkin boleh berbangga dengan rekod bahawa pemain Argentina tidak pernah menjaringkan gol ke atas pasukannya dalam enam pertemuan mereka sebelum ini.
Satu lagi jaringan Messi tidak akan memberi sebarang makna buat pemain pertahanan itu melainkan jika Blues menghalang pasukan juara bertahan Eropah mara ke final di Munich pada 19 Mei.
“Secara jelasnya, memang seronok jika dapat berkata ‘saya pernah menentang pemain atau pasukan tertentu’. Tetapi bagi saya semuanya adalah mengenai kemenangan, katanya.”
“Sudah banyak kali kami hampir menjuarai Liga Juara-Juara tetapi kami masih belum pernah menyempurnakannya dan itulah sasaran kami.
“Ia menjadi matlamat kami sejak Roman Abramovich menjadi pemilik kelab ini. Dia mahu kami menjuarai Piala Eropah.
“Kami sedar memang sukar untuk menentang Barcelona di separuh akhir. Mereka adalah pasukan hebat yang boleh memecah belahkan pasukan lain.
“Bagaimanapun kami tidak pernah kalah lima pertemuan akhir menentang mereka dan berharap dapat mengekalkannya dalam dua perlawanan berikutnya.”
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan