Sementara kita dilanda pelbagai isu seperti penggantungan Tan Sri Annuar Musa, isu pemain hoki negara kurang bersemangat dan ranking bola sepak negara turun lagi, ada isu menarik pula membabitkan kelab Liga Perdana Inggeris.
Chelsea bakal berdepan situasi getir mulai esok. Mereka bakal turun menentang sebuah lagi pasukan dari ibu kota London, Tottenham Hotspur di Wembley pada perlawanan separuh akhir Piala FA.
Andai aksi ini dianggap tidak sukar memandangkan prestasi Spurs yang menjunam, tiga hari kemudian Barcelona pula bertandang ke Stamford Bridge untuk pusingan pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.Dengan skuad sedia ada, Chelsea terpaksa membuat pilihan kejuaraan mana harus dikejar.
Sejak pemecatan Andre Villas-Boas, Chelsea tidak melakukan rombakan besar-besaran dan prestasi di Liga Juara Juara kelihatan lemah dan menurun.
Aksi suku akhir begitu lembab dan kemenangan ke atas Benfica menonjolkan kelemahan sedia ada.
Sudah begitu lama pemilik Chelsea, Roman Abramovich dahagakan kejayaan di Eropah dan harapan itu kini dipikul pengurus sementara, Roberto de Matteo.
Selepas Barcelona, Arsenal pula menanti di saingan EPL dan mungkin, barisan Chelsea akan keletihan mental serta fizikal.Berdasarkan percaturan pemain, saya tidak nampak Chelsea mampu menyerlah.
Akhirnya, Abramovich akan sedar Chelsea sudah melepasi tarikh luput berbanding dua musim lalu. Dengan memecat jurulatih atas kehendak pemain senior bukanlah cara menguruskan sebuah kelab profesional.
Chelsea juga tidak mementingkan pembangunan pemain muda dan jurang ini akan menjadi masalah menjelang musim akan datang.
Dan ia akan berlaku di Nou Camp pada 24 April ini! Kita akan saksikan berakhirnya sebuah era! Pada waktu yang sama juga, kita akan terus dihiburkan dengan drama sukan dan bola sepak tempatan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan