19 April 2012

UCL:Keputusan Chelsea vs Barcelona

Didier Drogba menjaringkan gol pada masa kecederaaan separuh masa pertama untuk Chelsea menewaskan juara bertahan Barcelona 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stamford Bridge.

Gol itu menhyusul apabila Frank Lampard merampas bola daripada bintang Barca, Lionel Messi, di bahagian tengah dan mengumpan kepada Ramires di sebelah kiri.

Pemain Brazil itu kemudian mengumpan kepada Drogba untuk merembat melepasi penjaga gawang Barca, Victor Valdes. Ia adalah gol Drogba ke-38 dalam saingan Liga Juara-Juara. 

Susulan perkembangan itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, Chelsea kini menjadi pilihan untuk mara ke final kejohanan kali ini.

"Saya boleh katakan pilihan sekarang adalah Chelsea, sebab menang 1-0 di tempat sendiri adalah keputusan yang baik," kata  Guardiola.

Bagaimanapun Roberto di Matteo berpandangan bahawa persaingan masih di tahap seimbang bagi kedua-dua pasukan.

"Saya tidak fikir (kemenangan ini) menjadikan kami (pasukan) pilihan," kata di Matteo."Ia (peluang) 50:50 bagi kedua-dua pasukan untuk melangkah ke depan," katanya lagi.

Perlawanan kedua akan berlangsung di Camp Nou Selasa depan dan pemenang akan menemui sama ada Real Madrid atau Bayern Munich di final. 
 
Chelsea vs Barcelona 1-0 Champions League Highlights 2012 Drogba Goal Video




ArulchelseA: Tahniah..memang ini je tektik nak tundukkan barcalona..apa pun masih ada 90 minit lagi minggu depan..harap chelsea mampu bertahan..nak lagi sedap dapatkan gol di barca nanti..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...