20 April 2012

Di Matteo rombak pasukan lawan Arsenal

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengesahkan akan membuat rombakan pemain bagi pertembungan dengan Arsenal dalam perebutan empat pasukan terbaik Liga Perdana esok.

Aksi menarik di Stadium Emirates itu tampak cukup getir buat skuad Blues untuk menjamin tempat ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun selepas berhempas-pulas mencatat kemenangan ke atas Tottenham pada separuh akhir Piala FA, Ahad lalu serta menundukkan Barcelona di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam, Di Matteo sedar beberapa tonggak utamanya kepenatan.

Mereka akan berkunjung ke Nou Camp pagi Rabu ini dan pengendali dari Itali itu sedar beliau perlu melakukan penggiliran pemain.

Ini bermakna penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta), Fernando Torres yang hanya memanaskan bangku pemain simpanan ketika menewaskan Barca, 1-0 akan kembali beraksi begitu juga Michael Essien, Florent Malouda, Saloman Kalou dan Jose Bosingwa.

“Kami akan menilai tahap kecergasan pemain namun inilah peluang terbaik untuk pemain yang tidak beraksi diturunkan,” kata Di Matteo.“Mereka juga berhak mendapat tempat dalam pasukan.

“Saya tidak menurunkan beberapa pemain menentang Barcelona kerana saya perlu membuat keputusan.“Kami akan melihat situasi Sabtu ini namun saya sudah memikirkan untuk menurunkan seorang atau dua pemain yang tidak beraksi sebelum ini.” -[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...