Kelab Chelsea memohon maaf kepada semua pihak ekoran kelakuan penyokongnya yang dikatakan telah mencemari upacara member penghormatan pada perlawanan Piala FA antara Chelsea dan Tottenham,tempoh hari.
Sebelum perlawanan bermula, semua penyokong dan pemain diminta memberi penghormatan sebagau tanda memperingati penyokong Liverpool yang meninggal dunia dalam malapetaka Hillsborough 1989 dan kematian pemain bola sepak Itali, Piermario Morosini akibat serangan jantung, Sabtu lalu.
Bagaimanapun sebahagian penyokong Chelsea telah mengganggu upacara tersebut sehingga menyebabkan ia terpaksa disingkatkan.
Dalam satu kenyataan kepada BBC, Chelsea berkata, "mereka amat kecewa" dan "malu" dengan insiden penyokongnya yang gagal mematuhi permintaan memberikan penghormatan.
"Ini menyebabkan perlawanan tersebut telah dicemari dengan kelakuan peminat yang gagal mengawal emosi sekali gus tidak menghormati upacara penghormatan.
Chelsea menumpaskan Tottenham 5-1 dalam perlawanan separuh akhir ini, yang dikatakan berkontroversi dan berjaya mara ke final untuk bertemu dengan Liverpool.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan