Pertahanan antarabangsa Serbia dan Chelsea, Branislav Ivanovic (gambar) merayu terhadap dakwaan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris ketika kemenangan pada Liga Perdana Inggeris menentang kelab bermasalah, Wigan, Sabtu lalu.
Pemain berusia 28 tahun yang menjaringkan gol pembukaan Chelsea daripada kedudukan ofsaid didapati menumbuk perut pemain tengah Wigan, Shaun Maloney menerusi rakaman video sebelum Juan Mata menjaringkan gol membolehkan Chelsea menang secara kontroversi 2-1.
Sekalipun pengadil dan penolongnya tidak menyaksikan insiden itu, FA memutuskan untuk mengambil tindakan selepas menonton bukti video dan Suruhanjaya Peraturan FA mendengar kes itu semalam berdasarkan bukti video dan laporan bertulis.
Ivanovic difahamkan mengaku menyentuh pemain itu namun menafikan dia bertindak ganas.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan