18 April 2012

Mata harap tuah Stamford Bridge

Pemain Chelsea, Juan Mata berharap Stamford Bridge sekali lagi menjadi gelanggang malang buat Barcelona ketika dia bersedia untuk menghadapi rakan senegara pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.


Mata akan menentang Barca kali pertama, awal pagi esok sejak menyertai Blues musim panas lalu, menghidupkan kembali permusuhan ketika bersama Valencia.

Rakan sepasukannya kini tidak membazir masa menerangkan episod pertarungan Chelsea-Barcelona sebelum ini, yang menyaksikan juara Eropah itu hanya menang sekali di London.

“Rakan sepasukan ada berkata jika ada sebuah stadium Barca tidak selesa dan berhempas-pulas, ia adalah Stamford Bridge.

“Harapan Chelsea adalah untuk mara ke peringkat seterusnya.“Barca pasti cuba mengekalkan penguasaan dan memaksa kami bertahan namun kami mempunyai ramai pemain berpengalaman dalam perlawanan seperti ini,” katanya.

Barcelona tidak perlu menang untuk menyingkirkan Chelsea di Stamford Bridge pada peringkat sama tiga tahun lalu, namun jaringan masa kecederaan Andres Iniesta menyaksikan mereka mara menerusi peraturan gol tempat lawan selepas Chelsea dinafikan beberapa sepakan penalti.

Untuk berjaya, Chelsea perlu mengawal ketat pergerakan Lionel Messi yang sudah meledak 53 gol musim ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...