6 April 2012

Peluang lunas dendam-RDM

Roberto Di Matteo mengaku Chelsea bermotivasi tinggi untuk membalas dendam kekalahan kepada Barcelona apabila bertembung pada separuh akhir Liga Juara-Juara.


Luka kebanyakan pemain bintang Chelsea masih sakit selepas Barca menang perlawanan kontroversi di separuh akhir 2009.

Chelsea yang diuruskan sementara Guus Hiddink, dinafikan kemenangan apabila Andres Iniesta menjaringkan gol di minit akhir permainan yang membawa kelab Sepanyol itu ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Keputusan itu membuatkan penyerang Chelsea, Didier Drogba mencerca pengadil dari Norway, Tom Henning Ovrebo di padang selepas wisel penamat ditiupkan manakala kebanyakan pemain lain pula menganggap kemenangan mereka dirampas.

Itulah pertemuan terakhir kedua-dua kelab yang semakin meningkat tahap permusuhan sejak kali pertama Jose Mourinho memimpin Chelsea di Stamford Bridge.

Kini Chelsea yang mengatasi Benfica dengan agregat 3-1 di suku akhir berpeluang membalas kekalahan terhadap musuhnya itu sekali gus menamatkan penguasaan Barca sebagai juara bertahan.Di Matteo berkata, pemainnya bersemangat menggunakan peluang itu untuk membalas dendam.

“Kami berdepan mereka banyak kali dan kebanyakan pemain ada sejarah menentang Barcelona,” kata Di Matteo.

“Tidak dinafikan mereka rasa kecewa dengan kekalahan tiga tahun lalu itu dan mereka bersemangat menyekat kemaraan lawan kali ini.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...