Hanya beberapa jam selepas melancarkan serangan terhadap penyokong
Chelsea, Rafael Benitez mengeluarkan satu lagi kenyataan yang
menimbulkan kemarahan peminat Blues: Roman Abramovich tidak akan pecat
saya."
Peminat Blues yang berang mengancam untuk memastikan Benitez bakal
melalui malam paling buruk dalam hidupnya apabila kelab London itu
menentang West Brom pada saingan Liga Perdana Inggeris di tempat
sendiri, hari ini.
Chelsea sudahpun membuat persediaan dengan meletakkan pengawal
tambahan di kawasan teknikal Stamford Bridge, selain terowong ke bilik
persalinan pasukan.
Bagaimanapun Benitez menegaskan: Hubungan saya dan orang-orang di
kelab ini sangat bagus. Hubungan saya dengan pemilik kelab, Roman
Abramovich juga amat baik.
Apabila saya bertemunya, kami akan bercakap tentang bola sepak.
Kami bercakap seperti orang biasa dan berkongsi keghairahan kami
terhadap bola sepak."
Ketika ditanya, apakah dia akan dipecat selepas serangan yang
dilancarkan terhadap peminat Chelsea sejurus pasukan itu melangkah ke
suku akhir Piala FA, Rabu lalu, jurulatih kelahiran Sepanyol itu
membalas: Tidak. Mereka tahu bagaimana kami bekerja dan apa yang sedang
kami usahakan."
Dalam satu temu bual bersama program Footbal Focus di BBC, Benitez
turut menegaskan, para pemain sangat gembira dengan apa yang sedang
diusahakan ketika ini.
Persekitaran dalam kelab sangat bagus, tiada isu langsung dalam kalangan pasukan," ujarnya.Begitupun Benitez sudah bersedia untuk dibelasah oleh peminat
selama 90 minit hari ini selepas dia menuduh, penyokong Chelsea
merosakkan imej kelab dan peluang mereka untuk melayakkan diri ke Liga
Juara-Juara Eropah musim depan.
Benitez menjadi mangsa kutukan hebat peminat Blues dalam bahagian sembang di laman web rasmi Chelsea semalam.
Salah seorang peminat menulis: Apakah pengurus ini berjaya
memenangi Piala Kelab Dunia untuk kami? Sangat terdesak dan tidak
berguna."
Benitez juga turut menyelar anggota eksekutif kelab dengan mendakwa
mereka melakukan kesilapan besar apabila memberi gelaran pengurus
sementara kepadanya.
Akhbar berpengaruh Britain, The Sun dalam satu bancian yang
dilakukan semalam mendedahkan, 55 peratus peminat tidak merasakan
Benitez patut dipecat.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan