Pemain Chelsea, Branislav Ivanovic mengemukakan
kenyataan terbuka kepada pasukannya bahawa musim ini The Blues bermain
dengan teruk dan memberi amaran bahawa masa sedang berjalan dengan
pantas dan sudah sampai ke penghujungnya.
Pemain kelahiran Serbia ini turut mengakui mutu permainan The Blues
belum mencapai standard yang sewajarnya dan risau mengenai persiapan
Chelsea dalam pertemuan suku akhir Piala FA menentang United di Old
Trafford, tengah malam ini.
Ivanovic bimbang sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja ianya
akan menjadi lebih teruk kepada Chelsea melainkan setiap pemain
mendapatkan kembali semangat juang semasa Chelsea menjadi juara Eropah
berapa tahun lalu.
Ivanovic berkata demikian semasa kekalahan Chelsea yang ke-13 musim ini
selepas tewas 0-1 kepada Steaua Bucharest Khamis lepas dalam perlawanan
Liga Europa.
Ini bermakna The Blues kalah sebahagian daripada keseluruhan perlawanan dan perkara ini diakui sendiri oleh Ivanovic
“Kita kena jujur antara satu sama lain dan mengakui bahawa terdapat
banyak perkara yang tidak berjalan sepertimana yang dirancang. Kita
tidak bermain di tahap yang kita fikir kita mampu dan perkara ini
menjadi satu kebiasaan bagi kami dan kami kena mengubah sesuatu perkara
dengan pantas.
“Masa sudah sampai ke penghujungnya jika kami mahu menamatkan musim ini
pada kedudukan tertinggi dan jika benar kita mahu berubah kita kena
kena tunjukkan sedikit kekuatan dan bermain sebagai sebuah pasukan yang
menentang,” katanya.
Katanya, Chelsea sekarang ketinggalan 19 mata di belakang Manchester
United dan jurang ini menunjukkan Chelsea menamatkan musim ini dengan
kedudukan yang teruk.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan