Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menghadapi tekanan
selepas pasukannya diundi bertemu Rubin Kazan pada aksi suku akhir Liga
Europa bulan depan.
Undian tersebut akan menyebabkan skuad The Blues akan beraksi
sebanyak enam perlawanan dalam tempoh 16 hari termasuk menentang kelab
Rusia itu.
"Situasi ini cukup meletihkan. Kami memerlukan rehat yang secukupnya," kata Benitez.Selain Chelsea, dua lagi kelab Liga Perdana England iaitu Tottenham
Hotspur turut diundi bertemu kelab Switzerland, Basel manakala Newcastle
pula akan berdepan kelab Portugal, Ben- fica.
Chelsea terpaksa menempuh penerbangan yang jauh sekiranya Rubin Kazan
mendapat kebenaran bermain di gelanggang sendiri pada aksi kedua suku
akhir.
Ketika ini, mereka menghadapi masalah padang dan Kesatuan Bola Sepak
Eropah (UEFA) akan membuat keputusan dalam satu pemeriksaan minggu
depan.
Sekiranya perlawanan itu dipindahkan ke Moscow, Chelsea akan bermain
di Stadium Luzhniki iaitu gelanggang di mana John Terry gagal
menjaringkan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 menentang
Manchester United.
Namun, kedua-dua gelanggang tersebut tetap memaksa skuad The Blues
menempuh penerbangan yang panjang dan mereka juga dijadualkan menentang
Manchester City di Stadium Wembley (separuh akhir Piala FA) atau aksi
liga menentang Spurs jika gagal mengalahkan Manchester United pada aksi
suku akhir.
Sekiranya Chelsea berjaya mara ke final Liga Europa dan Piala FA, ia
akan menyebabkan mereka bermain sebanyak 70 perlawanan sepanjang musim
ini.
"Kami mempunyai pemain seperti Juan Mata yang baru pulang daripada tugasan antarabangsa."Kemudian ada Piala Konfederasi penghujung musim ini. Saya tahu ia akan memberi masalah kepada kami.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan