25 Mac 2013

The Special One kembali ke Chelsea?

Spekulasi bahawa Jose Mourinho bakal kembali ke Chelsea semakin meningkat selepas jurulatih kelahiran Portugal itu memberi isyarat, seandainya memilih untuk meninggalkan Real Madrid dia mungkin akan pergi ke destinasi yang pernah dinaungi sebelum ini. 


Mourinho menegaskan, dia belum memutuskan untuk meninggalkan Real seperti yang digembar-gemburkan oleh media Sepanyol tetapi spekulasi bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada hujung musim ini semakin bertiup kencang. 

Jurulatih yang terkenal dengan jolokan The Special One itu kini berada bandar kelahirannya, Setubal, di mana dia melancarkan pameran kerjaya bola sepaknya. 

Ketika bercakap kepada wartawan tempatan di sana, Mourinho sekali lagi masih berteka teki mengenai masa depannya.

Namun mengakui berdepan kesukaran untuk berpindah ke destinasi yang asing, sebaliknya hanya akan kembali ke tempat yang pernah dinaungi jika meninggalkan Madrid. 

"Sesuatu mungkin akan berlaku dan tiada siapa yang dapat membayangkan."Semua orang tahu bahawa saya adalah jenis yang sukakan cabaran tetapi untuk keluarga saya perkara itu tidak mudah, jadi kita tengok sahaja bagaimana. 

"Tidak mudah hendak mencari destinasi baharu yang masih asing buat kami, saya seronok berada di Portugal, England, Itali dan Sepanyol, jadi mungkin saya akan mengulangi karier saya di tempat-tempat ini," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...